Pelantikan Wasi

Menulis Wasiat mungkin merupakan suatu pilihan bagi seseorang. Namun perlantikan seorang Wasi dalam Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

*Wasi* adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Walau bagaimanapun Wasi mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi. Warisan Harta dengan kerjasama, as-Salihin Trustee bersama dengan Penasihat Syariah akan memastikan pentadbiran harta pusaka kepada semua waris/penerima.

Adalah sukar untuk memilih seorang wasi bagi Wasiat anda. Kesejahteraan keluarga anda adalah yang paling utama dan bergantung pada Wasi yang anda pilih. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga keluarga anda dengan selamat. Pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

kepentingan pelantikan wasi

Pengurusan harta pusaka yang sempurna adalah bergantung kepada pelantikan Wasi yang tepat dan berwibawa. Kesejahteraan dan kebajikan ahli keluarga anda adalah bergantung kepada Wasi yang anda lantik. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga hak keluarga anda dengan selamat. Sebaliknya pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

as-Salihin Trustee diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, ia terikat dengan peruntukan undang-undang dalam memberi perlindungan kepada benefisiari yang diamanahkan kepadanya. Ia adalah syarikat yang kekal dan tidak perlu untuk mengeluarkan jaminan untuk bertindak sebagai wasi anda atau pengganti wasi.

Lantiklah as-Salihin sebagai Wasi atau Wasi Pengganti bagi Wasiat anda, anda akan dijamin bahawa dengan bantuan pakar Syariah dan sokongan oleh Lembaga Penasihat Syariah, as-Salihin akan melaksanakan hasrat anda hingga selesai dan memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga ke pembahagian harta yang terakhir.


Sumber Website as-Salihin Trustee Bhd